Back to homepage Contact us  
List of training courses View trainer's profile

Course Details

 
 
 
 
 
 
 
 
MENINGKATKAN KUALITI & PRODUKTIVITI DI TEMPAT KERJA
   
PENGENALAN :
 

Kursus peningkatan kualiti dan produktiviti dalam pekerjaan memberi tumpuan kepada perlakuan kerja berkualiti di tempat kerja yang membawa kepada peningkatan produktiviti kepada syarikat.  Kualiti mengukur samaada kita lakukan apa yang kita rancang dan menjadi standard dengan mana pelanggan mengukur produk dan servis kita.  Kerja yang berkualiti secara terus dapat menyumbang kepada peningkatan produktiviti syarikat.  Ia juga dapat memuaskan permintaan pelanggan serta meningkatkan daya persaingan syarikat.  Pekerja yang mahir menghasilkan kerja berkualiti akan lebih berjaya dan yakin dalam menjalan tugas seharian mereka.  Syarikat yang dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi dapat keuntungan dan mampu bersaing dan memajukan bisnesnya.  Bila syarikat untung, pekerja juga akan dapat kongsi ganjarannya. 

Program latihan ini adalah direka khusus untuk membantu pekerja untuk mendapat kemahiran-kemahiran bekerja secara peribadi dan berpasukan untuk mencapai hasil kerja yang lebih berkualiti, yang dapat meningkatkan produktiviti mereka.  Teknik pengajaran program latihan ini menitikberatkan latihan-latihan praktikal di mana peserta-peserta akan didorongkan untuk bekerja bersama untuk menjayakan matlamat projek kualiti dan produktiviti.

OBJEKTIF KURSUS:

Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan dapat...

  • Menjelaskan apakah itu kualiti dan produktiviti.
  • Menjelaskan kepentingan peranan pekerja dalam menentukan dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja
  • Guna-pakai pendekatan-pendekatan yang majikan ambil untuk meningkatkan kualiti & produktiviti seperti:
    - Mengurangkan pembaziran, Penjimatan kos
    - Amalan teknik 5S, KAIZEN & Pengurusan Visual
    - Innovasi, mempercepatkan penghasilan produk dan servis melalui teknik POKA-YOKE
  • Berlatih guna cara-cara kerja berpasukan untuk mencapai matlamat kualiti dan produktiviti.
  • Menilai standard kualiti individu dan proses, bagaimana ianya disediakan dan ditingkatkan, kenapa ianya mustahak dan bagaimana ia berhubung kait dengan pekerjaan.

METODOLOGI KURSUS:

Untuk menambahbaik lagi pembelajaran peserta, kaedah-kaedah pengajaran seperti berikut akan digunakan:

  • Kuliah dan Perbincangan kumpulan kecil
  • Latihan individu/kumpulan
  • Memainkan peranan, dan Kes-kes belajar.
Kandungan Kursus :

Pengenalan

  • Industri pengilangan Jepun - - terkenal dengan tahap Kualiti & Produktiviti yang tinggi.
  • Sikap, peranan dan tanggungjawab pekerja Jepun terhadap Kualiti dan Produktiviti
  • Cabaran masa kini & permintaan pelanggan

Kepentingan Kualiti dan Produktiviti

  • Apakah itu Produktiviti?
  • Apakah itu Kualiti?
  • 10 Prinsip Asas Kualiti
  • Mencapai kepuasan pelanggan
  • Latihan : Kawalan Mutu

Tanggungjawab Pekerja Terhadap Kualiti, Produktiviti dan Keselamatan

  • Peranan & tanggungjawab pekerja yang berkesan
  • Pengawalan kualiti, produktiviti & keselamatan secara berpasukan
  • Teknik 5S Good Housekeeping:
     - Cara amalan 5S untuk produktiviti, keselamatan & kebersihan tempat kerja.
     - Manfaat amalan 5S kepada pekerja & majikan.
  • Latihan :Kuiz 5S & Pengurusan Visual

Kerja Berpasukan

  • Semangat kerja berpasukan
  • Komunikasi pasukan yang berkesan
  • Teknik Pengurangan Pembaziran (Wastes reduction):
     - 7 jenis pembaziran (TIMWOOD)
     - Bagaimana mengurangkan pembaziran di tempat kerja
     - Bagaimana pekerja dapat tolong majikan mengurangkan pembaziran.
  • Latihan: Penjadualan & penugasan kerja untuk produktiviti

Kreaktiviti dan Cadangan Membina Untuk Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti

  • Apakah maksud KAIZEN - - peningkatan berterusan?
  • Amalan aktiviti KAIZEN yang praktikal.
  • Teknik POKA-YOKE:
     - Apakah itu POKA-YOKE?
     - Idea dan cadangan membina untuk mencapai POKA-YOKE di tempat kerja.
     - Mengambil inisiatif dan menghalang reject dari berlaku di tempat kerja.
  • Latihan: Cadangan untuk POKA-YOKE

Latihan-Latihan Dalam Kursus:

  • Kes-kes Belajar
  • Latihan individu dan berkumpulan
  • Kuiz
KHAS UNTUK PESERTA-PESERTA:

Kursus ini sesuai untuk:

  • Semua peringkat pekerja, terutama Line Leader, Line Trainer, QC & Operator pengeluaran
  • Kursus ini juga sesuai untuk Penyelia dan Technician, dll.
 
MaKlumat-maklumat selanjutnya :
Kursus akan mengambil : 2 Hari
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Program In-house
Media bahasa : Bahasa Melayu
 
 
PELATIH :
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Back to Top
 
Home | Courses | Trainer Profile | Testimonials | Contact Us
Train for Personal Effectiveness and Organizational Growth
2014 MyTrainingProvider.com, All Rights Reserved.