|
|
![]() |
|
KEMAHIRAN KOMUNIKASI & PEMBIMBING RAKAN SEKERJA (Buddy) |
|
|
PENGENALAN
: |
|
Pembimbing Rakan Kerja (PRS) atau Buddy merupakan seorang pekerja yang terlatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan bimbingan. PRS berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan-rakan sekerjanya, menggalakkan hubungan peribadi yang erat dan mempengaruhi rakan-rakan sekerja untuk meningkatkan tahap komunikasi dan prestasi kerja. Sistem Pembimbing Rakan Sekerja ini, kalau diamalkan secara meluas dalam organisasi, tentu akan dapat mencepatkan penerapan pekerja baru ke dalam budaya kerja organisasi, meningkatkan perhubungan baik diantara pekerja, memupuk semangat bekerjasama, meningkatkan kesedaran kualiti dan keselamatan serta dapat memberi lebih kepuasan kerja kepada masyarakat pekerja.
Seseorang PRS yang berjaya, merupakan seseorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat untuk memperbaikan prestasi kerja rakan-rakannya. Bukan sahaja dia mesti fasih dengan amalan-amalan organisasi, budaya kerja dan proses komunikasi dalam organisasi, tetapi PRS mesti dilatih dalam kemahiran asas komunikasi, kemahiran menolong dan bimbingan. Kursus ini direka khas untuk melatih pekerja-pekerja untuk menjadi seorang Pembimbing Rakan Kerja yang berkesan. Ia membekalkan peserta dengan prinsip-prinsip hubungan sesama manusia, proses ‘follow-up’, teknik berkomunikasi dan bimbingan yang berkesan. Kaedah pengajaran kursus ini termasuk perbincangan berkumpulan, latihan ‘bermain peranan’, video, kuiz, ujian lisan. Kursus ini merupakan program latihan dasar untuk semua pekerja-pekerja sebelum mengambilalih tugas Pembimbing Rakan Kerja.

|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas menghadiri kursus ini,
peserta akan dapat...
-
Menjelaskan peranan dan tanggungjawab seorang Pembimbing Rakan Sekerja (PRS) yang berkesan.
-
Mengenalpasti
kepentingan dan faedah-faedah fungsi PRS kepada organisasi.
-
Berlatih guna kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan
-
Berlatih guna 'Kemahiran Menolong' yang berkesan
-
Menggunakan Prinsip 'L.E.A.P' semasa menghadapi 'Orang yang menyusahkan'
-
Melatih rakan sekerja semasa O.J.T dengan lebih berkesan
-
Memupuk nilai-nilai kerjasama berkumpulan (teamwork)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk menambahbaik lagi pembelajaran peserta, kaedah-kaedah pengajaran seperti berikut akan digunakan:
-
Kuliah dan Perbincangan kumpulan kecil
-
Game, Kuiz dan Latihan individu/kumpulan
-
Video, Memainkan peranan, dan Kes-kes belajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kandungan
Kursus : |
|
-
Siapakah dia seorang Pembimbing Rakan Sekerja (PRS)?
-
Peranan dan tanggungjawab seorang PRS
-
Faedah sistem PRS
-
Kepentingan fungsi PRS dalam organisasi.
Kemahiran Asas Hubungan Sesama Manusia:
-
Kenapa orang lain mahu bekerjasama dengan kita?
-
Apakah itu Akaun Bank Emosi (ABE)?
-
Prinsip-prinsip asas interaksi dengan orang lain:
- Fokus pada isu-isu dan tingkahlaku
- Jaga keyakinan diri dan harga-diri orang lain
- Kekalkan hubungan baik dengan orang lain
Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran Menolong
-
Apakah itu stress? Dari mana datangnya stress?
-
Bagaimana menangani stress?
-
Bagaimana menangani 'orang yang menyusahkan' kita
-
Penggunaan Prinsip 'L.E.A.P'
Melatih Rakan Sekerja Semasa O.J.T
-
Cara menglibatkan orang dalam penyelesaian masalah
-
Bagaimana menggalakan lebih cadangan dan idea-idea peningkatan mutu kerja
-
Teknik membantu latihan semasa OJT:
- Beritahu (Tell)
- Tunjuk (Show)
- Buat (Do)
- Beri Maklumbalas (Feedback)
Latihan-Latihan Dalam
Kursus:
-
Perbincangan kumpulan kecil
-
Video dan Latihan memainkan peranan
-
Kuiz, Game kerja berkumpulan
|
|
|
|
|
|
KHAS
UNTUK PESERTA-PESERTA: |
|
Kursus
ini sesuai untuk:
-
Ketua Kumpulan, Trainer, Operator yang berpengalaman
-
Kursus ini juga sesuai untuk mereka
yang mahu bersedia untuk menjadi Line Leader (QC, Line Trainer, Technician, dll)
|
|
|
|
|
|
MaKlumat-maklumat
selanjutnya : |
|
Kursus akan mengambil |
: 2 Hari |
Masa |
: 9.00 pagi - 5.00 petang |
Tempat |
: Program In-house or Kursus Awam |
Media bahasa |
: Bahasa Melayu |
|
|
|
|
|
|
PELATIH
: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Back
to Top  |
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
Train for Personal Effectiveness
and Organizational Growth
© 2014 MyTrainingProvider.com, All Rights Reserved. | |
| |