Pekerja cemerlang yang dinaikan pangkat menjadi ketua
kumpulan seringkali menempuh jalan buntut dalam kerjaya
mereka. Berhadapi dengan cabaran-cabaran baru seperti
permintaan untuk tahap kualiti yang lebih tinggi,
prestasi kerja yang lebih cemerlang, proses-proses
kerja yang lebih rumit, teknologi yang lebih canggih,
permintaan produktiviti yang lebih tinggi, masa kerja
yang berubah-ubah, dan pasukan pekerja bawahan yang
kian berpengetahuan dan tidak mahu diarahkan, ketua-ketua
kumpulan perlu panduan dan ajaran untuk menjalankan
tugas baru mereka dengan lebih cekap dan berkesan.
Kursus ini dikhaskan untuk menolong ketua kumpulan
memahami peranan baru ini dan menyediakan diri mereka
untuk menempuhi cabaran-cabaran kerja dengan kemahiran-kemahiran
yang asas, penting dan praktikal. Kursus
ini akan memokus kepada pembentukkan kemahiran-kemahiran
penting untuk berinteraksi dan memotivasikan pekerja
bawahan mereka untuk bekerjasama demi kebaikan bersama.
Perhubungan baik sesama manusia dan prinsip-prinsip
asas kepimpinan juga akan diajar dalam kursus ini.
Methodologi pengajaran kursus ini termasuklah kuliah,
sessi video, perbincangan, latihan individu, latihan
kumpulan dan mainan peranan (role-play) dimana pelajar
berpeluang memahami dengan mendalam prinsip-prinsip
kepimpinan yang berkesan dan melakukan peranan mereka
dengan cekap.

