Motivasi adalah kunci kepada kepuasan kerja dan kejayaan
dalam hidup. Motivasi ialah daya dinamik yang mendorongkan
tingkahlaku pekerja untuk mencapai prestasi kerja
cemerlang atau matlamat yang lebih baik. Motivasi
merupakan suatu dinamo kuasa terpendam, apabila digunakan
dengan betul, dapat membina semangat bertekun dalam
individu dan kumpulan untuk mencapai matlamat-matlamat
unggul walaupun mereka menempuhi banyak cabaran-cabaran
dan halangan-halangan besar. Walaupun subjek
motivasi ini sangat penting, namum banyak organisasi
tidak memberi latihan rasmi kemahiran motivasi yang
mencukupi untuk melengkapkan pekerja apabila melantik
mereka ke pangkat penyeliaan atau ketua kumpulan..
Mereka beranggap bahawa apabila dilantik, penyelia
atau ketua kumpulan secara automatik akan tahu memotivasikan
orang-orang dibawah jagaan mereka. Anggapan ini bukan
sahaja salah, malah ia menimbulkan banyak isu-isu
di mana ramai pekerja-pekerja bawahan merasa tiada
kepuasan kerja dan menghampakan.

Banyak teori-teori motivasi boleh digunakan untuk
membantu kita memahami tingkahlaku manusia dan membentukan
sistem organisasi yang berkesan. Matlamat kursus ini
bukanlah untuk menjelaskan semua teori-teori ini dengan
secara mendalam. Matlamat kursus ini memokus khususnya
kepada beberapa konsep penting,
teknik-teknik dan tip-tip untuk menjayakan
motivasi di tempat kerja. Lebih tepat lagi, kursus
ini direka khusus untuk melatih peserta untuk mencari
penyelesaian kepada soalan-soalan seperti berikut:
· Apakah yang memotivasikan pekerja untuk melakukan
kerja mereka dengan bersungguh-sungguh?
· Apakah pekerjaan itu yang dapat membangkitkan
motivasi dan meningkatkan pencapaian individu atau
kumpulan?
· Bagaimana memotivasikan diri sendiri?
· Bagaimana seorang pemimpin membentukan komitmen
dalam pekerjanya?
· Apakah cara-cara untuk mendapatkan pekerja
termotivasi?
Program latihan ini akan menyediakan peserta dengan
kemahiran yang diperlukan untuk memimpin pekerja supaya
mereka akan termotivasi. Teknik pengajaran seperti
perbincangan, kes belajar, latihan individu &
berkumpulan, video dan kuliah akan digunakan untuk
menambahbaik pembelajaran dan minat perserta dalam
kursus ini..