Back to homepage Contact us  
List of training courses View trainer's profile

Course Details

 
 
 
 
 
 
 
 

KUMPULAN KECIL INOVATIF & KREATIF (KIK) (Juga dikenali sebagai QCC)

   
pengenalan:
 

Kumpulan Kecil Inovatif & Kreatif (KIK) atau Quality Control Circle (QCC) ialah sekumpulan kecil pekerja, berasal dari bahagian tempat kerja yang sama, berkumpul secara sukarela untuk mengenalpasti masalah kerja, menganalisa, menyiasat punca sebab masalah dan seterus mencadangkan penyelesaian dan menyelesaikan masalah tersebut. Amalan KIK dalam organisasi dapat membantu memperbaikkan mutu kerja, kualiti produk, meningkatkan produktiviti, menyenangkan komunikasi diantara pekerja dengan pengurus, dan seterusnya menyumbang terus kepada keuntungan organisasi tersebut. KIK memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan ekonomi Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Dengan mengamalkan KIK secara besar-besaran, Jepun telah dapat membangkit dan menguasai pasaran dunia dengan barangan yang berkualiti tinggi dan harga murah. Melalui pengalaman Jepun, 95% dari masalah di tempat kerja boleh di selesaikan oleh KIK dengan bantuan alat-alat QC [Ishikawa, 1986]. Bersama dengan teknik penyelesaian masalah yang bersistematik, alat-alat QC dapat membantu ahli-ahli KIK menyelesaikan masalah kerja mereka dengan mudah.

KIK juga bertanggungjawab memperbaikkan hubungan dan komunikasi 2-hala diantara pekerja dan majikan. Majikan menjadi lebih peka terhadap masalah yang dialami oleh pekerja dan memberi sokongan penuh kepada pekerja. Pekerja pula menaruh minat, perhatian dan kemahiran mereka untuk menyelesaikan masalah dan memperbaikan mutu produk dan suasana kerja mereka. Program KIK secara amnya memerlukan struktur organisasi yang terlingkung dalam sistem standard kualiti ISO 9000 dimana struktur organisasi pengurusan dan latihan diberikan penuh perhatian. KIK merupakan sebahagian daripada program Pengurusan Kualiti Secara Menyeluruh (TQM) syarikat. Organisasi yang mengamalkan program KIK juga dapat menambah kepada keyakinan pelanggan.

Kursus ini adalah direka khusus untuk melatih Ahli-Ahli KIK, Ketua KIK dan Fasilitator kumpulan KIK bagaimana membentukkan kumpulan, menjalankan aktiviti KIK dan menjayakan objektif KIK di dalam organisasi. Kursus latihan ini adalah asas dan perlu untuk mereka yang mahu mengamalkan dan menjayakan program KIK di tempat kerja mereka.

OBJEKTIF KURSUS:

Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan dapat ...

  • Memahami matlamat, kebaikan dan kaedah operasi KIK
  • Bersedia menggunakan alat & teknik mudah untuk membentukan KIK
  • Belajar kemahiran penyelesaian masalah secara bersistematik
  • Mengendalikan mesyuarat & aktiviti-aktiviti KIK dengan cara yang betul dan berkesan.
  • Membina keyakinan diri dan kemahiran membuat presentasi KIK.
  • Memupuk semangat berpasukan diantara ahli-ahli kumpulan
  • Meningkatkan penyertaan dan sokongan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti KIK
Kandungan Kursus :


Pengenalan:

  • Apa itu KIK/QCC?
  • Sejarah KIK/QCC.
  • Kelebihan KIK dan masalahnya.
  • Peranan pihak Pengurusan, Pemudahcara KIK, Ketua KIK dan Ahli KIK
  • Definisi kualiti
  • Kaedah PDCA: Pendekatan penyelesaian masalah dan kreaktiviti
  • Penyelesaian masalah yang efektif berpasukan

Latihan Kes 1:

  • Kes belajar 1 : Mengenalpasti masalah kualiti di tempat kerja
  • Mendefinisikan masalah
  • Menggunakan cara penyelesaian masalah bersistematik
  • Menggunakan alat-alat QC dan aplikasinya
  • Teknik “Brainstorm” dan teknik menyoal

Komunikasi dan Cara Mengendalikan Mesyuarat KIK

  • Konsep motivasi.
  • Semangat berpasukan, Komitmen dan Produktiviti
  • Cara berkomunikasi yang berkesan
  • Kemahiran-kemahiran inter-personal
  • Cara mengendalikan mesyuarat KIK dan pelaksanaan aktiviti KIK

Latihan Kes 2

  • Kes belajar 2 : Membina pasukan KIK
  • Latihan membentukkan satu kumpulan KIK untuk menyelesaikan masalah kerja.
  • Mengendalikan mesyuarat KIK
  • Menggunakan Kitaran PDCA untuk menambahbaikan kualiti
  • Menggunakan 7 Alat-alat QC untuk menyelesaikan masalah kes belajar

Membuat Presentasi KIK

  • Mengaris-bentuk Cerita QC
  • Apakah yang perlu disampaikan dalam presentasi KIK
  • Kerjasama ahli-ahli dalam presentasi KIK.
  • Usaha dan semangat berpasukan dalam membuat presentasi KIK

Pelan Perlaksanaan KIK

  • Perancangan untuk memulakan KIK
  • Pelan tindakan dan perlaksanaan
KHAS UNTUK PESERTA-PESERTA:
Kursus ini sesuai untuk:
  • Pemudahcara KIK, Ketua Kumpulan KIK, Ahli-ahli KIK
 
MaKlumat-maklumat selanjutnya :
Kursus akan mengambil : 2 Hari
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Program In-house atau Kursus Awam
Media bahasa : Bahasa Melayu
 
 
PELATIH :
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Back to Top
 
Home | Courses | Trainer Profile | Testimonials | Contact Us
Train for Personal Effectiveness and Organizational Growth
2014 MyTrainingProvider.com, All Rights Reserved.