|
|
![]() |
|
KEMAHIRAN PRESENTASI PROJEK QCC/ICC/SGA |
|
|
pengenalan:
|
|
“Dia
yang pandai berfikir tetapi tidak dapat meluahkan
rasa fikirannya, berada di tahap yang sama seperti
dia yang tidak boleh berfikir.”
- Pericles
|
|
|
|
|
Pekerja-pekerja yang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
berkumpulan (seperti QCC atau SGA) dapat membantu
organisasi mengenalpasti, menyiasat, menganalisa serta
menyelesaikan masalah-masalah di tempat kerja mereka.
Dengan demikian mereka dapat menyumbang secara terus
kepada peningkatan kualiti dan produktiviti organisasi.
Pasukan QCC juga dapat menolong membina kemahiran
penyelesaian masalah, sifat-sifat kepimpinanan serta
saling hormat-menghormati sesama rakan sekerja. Sumbangan
yang paling mustahak ialah QCC dapat membantu menambahbaikan
komunikasi dua-hala diantara pihak pekerja dengan
pihak pengurusan, disamping peningkatan kualiti dan
produktiviti. Seringkali pekerja-pekerja yang telah
banyak menyumbangkan tenaga & masa untuk menjalankan
aktiviti-aktiviti QCC berhasil mencapai keputusan
yang cemerlang tetapi gagal mendapat
penghargaan dari pihak
pengurusan disebabkan tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan
mesej pencapaian mereka dengan cara yang betul.
Ini akan menghampakan usaha mereka dan melemahkan
semangat kumpulan.
 
Program latihan ini direka khusus untuk melatih
ahli-ahli kumpulan QCC/SGA bagaimana menyediakan persembahan
projek, menyampaikan mesej, idea-idea, fakta penyelesaian
masalah, pencapaian kumpulan dengan lebih tepat, yakin
dan berkesan kepada pihak pengurusan supaya cadangan-cadangan
pekerja dapat sokongan dan pengakuan dari pihak pengurusan.
Sesuatu persembahan QCC dikatakan berkesan jika ia
dilakukan dengan persediaan yang cukup, penggunaan
alat-alat QC dan kaedah penyelesaian masalah yang
betul, idea dan cadangan disampaikan dengan jelas,
dapat mencapai matlamat, dapat menarik perhatian audiens,
dengan penggunaan alat bantuan visual (seperti projector,
komputer, alat pandang-dengar, dll) yang berkesan.
Kursus ini akan melatih peserta bagaimana cara melakukan
persembahan QCC secara berkumpulan dengan berkesan.
Peserta juga akan belajar mengenai bahasa tanpa lisan,
cara mengawal rasa gementar, cara mengendalikan soal-jawab
dan cara menyediakan alat bantuan visual yang jelas
and tepat. Kursus ini akan dijalankan secara interaktif
dan padat dengan aktiviti. Peserta akan dilatih cara
penggunaan dan persembahan alat-alat QC dengan betul.
Mereka akan berpeluang melakukan latihan persembahan
secara individu dan secara berkumpulan. Persembahan
mereka akan direkodkan dalam pita video dan peserta
akan dapat menilaikan prestasi persembahan mereka
serta mendapat maklumbalas dari instruktor dan audiens
|
|
|
|
|
|
|
|
Selepas menghadiri kursus ini,
peserta akan dapat ...
-
Menggunakan
maklumat membuat persembahan QCC yang berkesan,
kelebihannya dan penggunaan alat-alat QC dan kaedah
penyelesaian masalah yang betul.
-
Menyampaikan presentasi yang berkesan dan menarik: memahami
audiens, mengatur kandungan persembahan, menggunakan
alat-alat QC dan kaedah penyelesaian masalah yang
betul, menyampaikan matlamat persembahan dengan
yakin, mengawal rasa gementar, menggunakan alat
bantuan visual dan bahasa tanpa lisan dengan baik,
mengawal sessi soal-jawab dan mendapatkan sokongan
serta maklumbalas dari audiens
-
Menyenaraikan bagaimana
mengatur dan menyusun bahan-bahan persembahan QCC
secara sistematik.
-
Menilai persembahan
sendiri dan mengenalpasti cara-cara untuk mengatasi
kelemahan membuat persembahan.
-
Berlatih bagaimana
mengaitkan aktiviti-aktiviti QCC kepada peningkatan
kualiti & produktiviti organisasi
|
|
|
|
|
|
|
|
Untuk menambahbaik lagi pembelajaran peserta, kaedah-kaedah pengajaran seperti berikut akan digunakan:
-
Kuliah dan Perbincangan kumpulan kecil
-
Latihan individu/kumpulan
-
Memainkan peranan, dan Kes-kes belajar
-
Latihan persembahan dan rakaman video
-
Kuiz, Ujian pra-kursus & pos-kursus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kandungan
Kursus : |
|
· Pendahuluan
kepada konsep QCC/ICC dan aktiviti kumpulan kecil (SGA).
· Kepentingan kemahiran persembahan QCC/ICC
· Pengenalan kepada stail persembahan QCC/ICC.
· Contoh kriteria penghakiman persembahan QCC
Antarabangsa.
· Peranan ahli-ahli kumpulan dalam persembahan.
Pendekatan QCC kepada Proses
Penyelesaian Masalah
· Mempersembahkan
kaedah PDCA dengan betul
· Mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian
masalah yang betul
· Menggunakan dan mempersembahkan alat-alat QC
dan aplikasinya dengan betul
· Sifat-sifat pasukan kumpulan yang berkesan
Matlamat
Persembahan
· Bermula dengan
matlamat mutakhir terdahulu
· Jenis-jenis penutupan. Penutupan yang kukuh
· Memofus pada mesej kunci
· Bina struktur & rangka persembahan dengan
mesej kunci.
Analisa
Audiens
· Siapakah audiens?
Senarai semakan audiens
· Pencapaian yang diperlukan untuk memastikan
audiens faham
Struktur
Persembahan
· Menggunakan
rangka Cerita QC dan elemennya
· Analisa data, kata-kunci, penggunaan
carta yang sesuai
· Pembukaan, Kandungan dan Penutup
Bahan-Bahan
Persembahan
· Persembahan berkumpulan, semangat
berpasukan
· “Timing” dan peranan ahli
masing-masing
· Pengenalan kumpulan yang menarik
· Mendapatkan perhatian dan minat
Gaya Persembahan
· Persembahan berkumpulan, semangat berpasukan
· “Timing” dan peranan ahli
masing-masing
· Pengenalan kumpulan yang menarik
· Mendapatkan perhatian dan minat
Komunikasi Tanpa Lisan
· Pertembungan mata, gerak badan
· Nada suara, penggunaan alat bantuan
visual
· Penampilan diri yang sesuai
· Menganalisa bahasa tanpa lisan audiens
· Kelakuan semasa soal-jawab
Melatih Persembahan
· Semakan
suasana persembahan
· Kawalan dan keyakinan diri
· Merancang bagaimana mengatasi rasa gementar
· Menjangka soalan dan menerap jawapan dalam
persembahan
· Mendapat maklumbalas dari audiens
· Cara dan kaedah berlatih
· Kes Belajar
· Latihan individu dan kumpulan
· Aplikasi Kitaran PDCA & Alat-Alat QC
· Cerita Penambaikan Kualiti (Cerita QC)
· Sessi rakaman Video dan maklumbalas
· Memainkan peranan
|
|
|
|
|
|
KHAS
UNTUK PESERTA-PESERTA: |
|
Kursus
ini sesuai untuk:
-
Fasilitator QCC, Ketua Kumpulan
SGA/QCC, Ahli-ahli SGA/QCC
-
Penyelia, Trainer, Ketua Kumpulan
Projek
|
|
|
|
|
|
MaKlumat-maklumat
selanjutnya : |
|
Kursus akan mengambil |
: 3 Hari |
Masa |
: 9.00 pagi - 5.00 petang |
Tempat |
: Program In-house atau Kursus Awam |
Media bahasa |
: Bahasa Melayu |
|
|
**Nota Penting** |
- Untuk peserta mendapat perhatian yang
secukupnya dan pengendalian kursus ini dengan lebih
efektif, saiz kelas harus dihadkan ke maksima 15
orang peserta.
- Semua peserta mesti menyediakan presentasi ringkas dan membuat presentasi itu untuk rakaman video semasa kursus dijalankan. |
|
|
|
|
|
|
PELATIH
: |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
Back
to Top  |
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
Train for Personal Effectiveness
and Organizational Growth
© 2014 MyTrainingProvider.com, All Rights Reserved. | |
| |