Back to homepage Contact us  
List of training courses View trainer's profile

Course Details

 
 
 
 
 
 
 
 
SIKAP KERJA POSITIF DAN MOTIVASI KENDIRI
   
PENGENALAN :
 

Pekerja yang bersikap kerja positif merupakan aset yang paling penting untuk sesuatu organisasi. Walaupun penting, namun demikian ramai pekerja tidak diberikan latihan untuk bersikap kerja yang positif. Oleh itu, ramai pekerja cuma memandang kerja sebagai suatu tugasan yang perlu dibereskan, tanpa mementingkan kualiti atau keberkesanan kerja. Sikap positif boleh dibentuk dan adalah menjadi tanggungjawab pekerja itu sendiri untuk mengubah dan membentuk sikapnya supaya dia mencapai kejayaan diri dan makna hidup yang lebih mendalam. Dalam sesuatu organisasi, pekerja itu perlu memastikan sikapnya berselari dengan wawasan, matlamat dan budaya organisasi.  Organisasi pula boleh memainkan peranan dalam membina sikap pekerja melalui bimbingan dan latihan untuk terus bersikap positif demi kejayaan bersama. 

Kursus ini bertujuan untuk melatih pekerja untuk mempelajari teknik-teknik kerja positif dan melahirkan persekitaran yang positif di tempat kerja agar setiap pekerja di dalam organisasi tersebut dapat menghasilkan kualiti dan produktiviti kerja yang terbaik serta dapat kerja berpasukan.

 


OBJEKTIF KURSUS:

Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan dapat...

  • Menjelaskan kepentingan bersikap positif dan kaitannya diantara pekerja dan kemajuan organisasi.
  • Menyatakan dengan tepat dan melaraskan diri ke wawasan, matlamat dan budaya organisasi.
  • Mengenali dan menguasai diri untuk bersikap positif.
  • Mengenalpasti sikap-sikap positif dan negatif serta kesan-kesannya terhadap kemajuan diri dan organisasi.
  • Mempraktikan kebebasan memilih dan bagaimana memotivasikan diri sendiri
  • Menggunakan teknik and cara-cara membina sikap yang positif
  • Berlatih guna cara-cara meningkatkan produktiviti kerja
  • Mengalakkan rakan kerja untuk mencapai nilai-nilai kerjasama berpasukan

METODOLOGI KURSUS:

Untuk menambahbaik lagi pembelajaran peserta, kaedah-kaedah pengajaran seperti berikut akan digunakan:

  • Kuliah dan Perbincangan kumpulan kecil
  • Kuiz dan Latihan individu/kumpulan
  • Video, Memainkan peranan, dan Kes-kes belajar.
Kandungan Kursus :


Peranan Organisasi dan Pekerja:

  • Latihan pengenalan: Ice Breaker
  • Hubungan pekerja dan majikan dari perspektif pekerjaan & keperluan
  • Memahami konsep wawasan, matlamat, dan budaya organisasi
  • Melaraskan diri dan menjayakan wawasan, matlamat dan budaya organisasi

Konsep Sikap dan Kepentingan Bersikap Positif

  • Apakah itu sikap? Bagaimana ia terbentuk?
  • Faktor-faktor utama dalam pembentukan sikap seseorang.
  • Kenapa sikap boleh menentukan kejayaan atau kegagalan hidup
  • Sikap boleh diubahi
  • Latihan: Membelajar sesuatu.

Mengenali dan Mengurus Diri untuk Bersikap Positif

  • Kefahaman Paradigma & Anjakan Paradigma
  • Meluaskan sempadan minda untuk mengubah sikap kita
  • Latihan: Contoh-contoh sikap kerja positif & negatif
  • Kesan sikap negatif terhadap kemajuan diri & organisasi
  • Mengatasi sikap negatif

Dorongan dan Motivasi Kendiri Untuk Membentuk Sikap Positif

  • Apakah itu motivasi dan motivasi kendiri?
  • Latihan: (Video) contoh motivasi & bersikap positif
  • Bagaimana mengekalkan motivasi kendiri untuk bersikap positif
  • Cara berkonfontasi dengan orang lain
  • Bagaimana menggalakan lebih cadangan dan idea-idea peningkatan mutu kerja

Meningkatkan Produktiviti dan Kejayaan Organisasi

  • Sikap menjanakan tingkahlaku dan tingkahlaku menjanakan keputusan.
  • Fokus pada situasi, tingkahlaku dan isu-isu produktiviti, bukan pada perihal orang itu.
  • Menonjolkan komitmen sewaktu kerja
  • Latihan: Mengambil inisiatif untuk memperbaiki keaadaan

Latihan-Latihan Dalam Kursus:

  • Kes-kes Belajar
  • Video dan Latihan memainkan peranan
  • Kuiz
KHAS UNTUK PESERTA-PESERTA:

Kursus ini sesuai untuk:

  • Ketua Kumpulan, Technician, Line Trainer, Operator, Receptionist, , dll.
 
MaKlumat-maklumat selanjutnya :
Kursus akan mengambil : 2 Hari
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Program In-house or Kursus Awam
Media bahasa : Bahasa Melayu
 
 
PELATIH :
 
 
 
 
 
 
 
 
Back to Top
 
Home | Courses | Trainer Profile | Testimonials | Contact Us
Train for Personal Effectiveness and Organizational Growth
2014 MyTrainingProvider.com, All Rights Reserved.