Back to homepage Contact us  
List of training courses View trainer's profile

Course Details

 
 
 
 
 
 
 
 
KAWALAN KUALITI KAEDAH STATISTIK (SPC 1)
(Menggunakan Microsoft® Excel)
   
PENgenalan :
 
“Kursus ini mengambil pendekatan yang lebih pintar dan cepat untuk peserta memahami dengan lebih mendalam konsep-konsep asas statistik dan teknik-teknik terbukti SPC.”
 

Kawalan Mutu Kaedah Statistik atau Statistical Process Control (SPC) merupakan satu teknik asas dan terbukti untuk mengawal proses kerja, terutama sekali untuk peningkatan mutu kerja dan produk. SPC telah menjadi suatu kaedah piawai yang digunakan, sejak 1940an sehingga kini, di merata-rata dunia, oleh semua industri. Cara tradisional kursus ini diajar melibatkan banyak aktiviti kiraan matematik, rujukan kepada jadual statistik, dan banyak masa diluangkan untuk melukis graf-graf kawalan mutu. Cara pengajaran tradisional ini bukan sahaja memakan banyak masa, ia juga senang mengelirukan dan membosankan peserta sehingga mereka hilang minat belajar konsep-konsep yang begitu penting untuk kerja mereka.

Kursus ini mengambil pendekatan yang berlainan, cara yang lebih pintar dan cepat untuk pelajar memahami dengan lebih mendalam konsep-konsep asas statistik dan teknik SPC. Dengan menggunakan komputer dan perisian spreadsheet biasa (seperti MS Excel ), kami boleh memudahkan aktiviti-aktiviti yang membosankan ini (seperti membuat banyak kiraan matematik, merujuk kepada jadual-jadual statistik, mengingati formula, dan melukis graf) kepada cuma satu atau dua klik sahaja di papan kunci komputer. Cara pintar ini dapat mencepatkan proses pembelajaran dan membenarkan pelajar menumpu perhatian kepada subjek-subjek yang lebih penting iaitu analisa dan tafsiran corak pada carta kawalan serta mengambil langkah-langkah tindakan untuk mengembalikan proses tahap luar kawalan kepada tahap terkawal.

Teknik simulasi komputer juga digunakan dalam kursus ini untuk membantu mendalamkan lagi kefahaman pelajar akan fungsi teknik SPC dalam membantu mengawal proses, menentukan keupayaan proses dan bagaimana menyelesaikan masalah. Kursus ini mengunakan pelbagai kaedah pengajaran serperti kes latihan, simulasi komputer, perbincangan berkumpulan dan penglibatan diri untuk mencepatkan dan mendalamkan lagi proses pembelajaran pelajar. Kursus ini adalah penting dan khusus untuk mereka yang betul-betul mahu belajar SPC menggunakan kaedah pintar

OBJEKTIF KURSUS:

Selepas menghadiri kursus ini, peserta akan...

  • Dapat memahami keseluruhan konsep, prinsip-prinsip asas dan kaedah-kaedah SPC dalam membantu mencapai kawalan mutu dalam proses kerja.
  • Memahami cara memilih carta-carta kawalan yang betul untuk aktiviti pengeluaran dan servis
  • Meningkatkan kemahiran melakar graf-graf dengan menggunakan komputer dan perisian spreadsheet
  • Mengenalpasti dan tahu cara menganalisa data, mentafsirkan corak carta kawalan dan mengambil langkah-langkah pembaikan.
  • Dapat membuat latihan-latihan praktikal kawalan proses tempat kerja dan menentukan keupayaan proses
Kandungan Kursus :


Pengenalan:

o Kenapa menggunakan MS Excel sebagai alat statistik?
o MS Excel : Add-in, fungsi, carta
o Kelebihan membuat persembahan dengan carta-carta
o Menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan alat-alat QC

Asas-Asas Statistik

o Pengumpulan data dan persembahan
o Taburan frekuensi dan penyukatan
o Histogram dan Garislengkung Normal
o Teorem “Central Limit

Konsep Kawalan Proses Kaedah Statistik

o Sistem mencegah lawan sistem mengesan
o Sistem proses terkawal
o Akibat-akibat Variasi Biasa dan Variasi Istimewa
o Kawalan proses dan keupayaan proses

Pengenalan Kepada Carta-Carta Kawalan

o Prinsip asas carta kawalan
o Simulasi model proses
o Carta “Variables” dan “Attributes”
o Cara memilih carta kawalan yang sesuai

Carta-Carta Kawalan "Variables"

o Carta Xbar-R
o Tafsiran carta-carta kawalan
o Had kawalan lawan had speksifikasi
o Pengiraan keupayaan proses: Cp, Cpk
o Carta Xbar-S
o Carta XmR chart

Carta-Carta Kawalan "Attributes"

o Carta Pecahan Defektif (carta-p, carta-np)
o Carta Nombor Defek (carta-c, carta-u)

Latihan-latihan Praktikal

o Kajian keupayaan proses
o Kegunaan praktikal perisian spreadsheet komputer
o Kes belajar
o Kelebihan-kelebihan carta-carta kawalan

.
**NOTA PENTING ** :

Perisian komputer spreadsheet akan digunakan sepanjang kursus ini untuk mencepatkan pembelajaran berkenaan dengan pembinaan carta-carta SPC. Adalah penting para peserta fasih dengan penggunaan perisian spreadsheet seperti MS Excel. Template MS Excel yang bernilai akan diberikan. Peserta dapat menjimatkan banyak masa menggunakan template yang diberikan.

Jika peserta mahu belajar dasar-dasar menggunakan perisian Microsoft® Excel sebelum menghadiri kursus ini sila klik di sini untuk mendapat maklumat selanjutnya.

KHAS UNTUK PESERTA-PESERTA:
Kursus ini sesuai untuk:
  • Pengurus Project, Ketua Kumpulan Projek, Engineer, Penyelia, Technician, Ketua Kumpulan QCC.
 
MaKlumat-maklumat selanjutnya :
Kursus akan mengambil : 2 Hari
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Program In-house atau Kursus Awam
Media bahasa : Bahasa Melayu
 
 
PELATIH :
 
 
 
 
 
 
Back to Top
 
Home | Courses | Trainer Profile | Testimonials | Contact Us
Train for Personal Effectiveness and Organizational Growth
2014 MyTrainingProvider.com, All Rights Reserved.