Peralihan dari pekerja cemerlang ke seorang penyelia
yang cekap adalah melelahkan dan memerlukan kemahiran-kemahiran
baru. Penyelia yang baru dinaikan
pangkat mesti menyesuaikan diri dan mengambilalih
tugas kepimpinan dengan segera. Peranan penyelia
masa kini penuh dengan cabaran-cabaran baru yang kian
berubah mengikut masa. Permintaan untuk tahap kualiti
yang lebih tinggi, daya persaingan yang lebih sengit,
prestasi kerja yang lebih cemerlang, proses-proses
kerja yang lebih rumit, teknologi yang lebih canggih,
permintaan “menghasilkan lebih dengan sumber
yang mengurang”, masa kerja yang lebih fleksible
dan pasukan pekerja bawahan yang kian berpengetuahan
merupakan beberapa contoh tuntutan dan cabaran yang
menghadapi penyelia. Untuk mengharungi cabaran-cabaran
seperti ini, penyelia mesti memiliki kemahiran-kemahiran
yang lebih berkesan untuk membantu pekerja-pekerjanya
menaruh minat, minda, perhatian, dan kerja bertungkus-lumus
ke dalam kerja mereka untuk menghasilkan keputusan
yang cemerlang. Peranan penyelia bukan sahaja memokus
kepada “mengarah” orang bawahannya
supaya bekerja keras, malah dia
juga perlu bekerjasama, menglibatkan diri secara aktif,
mengambil initiatif dan pandai bergaul dengan rakan-rakan
sejawat, orang-orang atasan, dan pihak pengurusan
di semua lapisan organisasi supaya matlamat bahagian
dan organisasinya senang dicapai.


Kursus ini boleh menolong penyelia membina keyakinan
dan menyediakan diri untuk menghadapi cabaran-cabaran
peranan baru seperti tersebut di atas. Kursus
ini akan memokus kepada pembentukkan kemahiran-kemahiran
mustahak untuk berjaya dalam kerjaya penyeliaan.
Methodologi pengajaran kursus ini termasuklah kuliah,
sessi video, perbincangan, latihan individu, latihan
kumpulan dan mainan peranan (role-play) dimana pelajar
berpeluang memahami dengan mendalam prinsip-prinsip
penyeliaan yang berkesan dan melakukan peranan mereka
dengan baik